Monday, January 4, 2010

Burj Khalifa

.
..
.
.
.
BURJ KHALIFA
(BURJ DUBAI)
.
.
.
.
.
.

4hb. Januari 2010 - Biarpun diselubungi krisis ekonomi dan hutang, menara tertinggi di dunia, Burj Dubai yang juga monumen terhebat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibuka kepada orang ramai hari ini.
.
Dibina dengan ketinggian 160 tingkat bersebelahan pantai Teluk Parsi, Burj Dubai mengatasi ketinggian menara Taipei yang setinggi 101 tingkat pada 508 meter, menjadikannya menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 818 meter.
.
Menara itu turut mempunyai 1,000 kediaman, 160 bilik hotel mewah dan 37 tingkat bilik pejabat korporat.
.
Ia direka oleh Adrian Smith, seorang arkitek dari Chicago, Amerika Syarikat (AS).
.
Pembaziran terbaru oleh negara Teluk itu, memecahkan semua rekod sebelum ini dan ia mungkin merupakan penamat kepada satu era yang dimulakan pada 1994, apabila pembinaan kompleks hotel Burj Al Arab dimulakan.
.
Kehidupan sosial dan mewah di bandar itu melampaui had ketika pertumbuhan ekonomi bersatu dengan keseronokan peribadi dan nilai tradisi Islam yang semakin merosot, sebahagiannya akibat pengaruh penduduk asing yang tinggal di Dubai.
.
Bagaimanapun, apabila krisis kewangan global mula melanda, kebanyakan rakyat asing pulang ke negara mereka. Bangunan-bangunan bertukar menjadi rumah hantu, menjadikan keseluruhan kawasan kejiranan yang dulunya dianggap simbol kemegahan berubah kepada lambang ketamakan.
.
Pada 25 November lalu, keadaan sampai ke kemuncaknya apabila konglomerat Dubai World mengumumkan ia perlu membekukan pembayaran balik hutangnya berjumlah RM206 bilion.
.
Biarpun dianggap sebagai kemegahan baru bagi bandar raya itu, menara Burj Dubai dijangka memburukkan lagi penderitaan yang ditanggung UAE melalui penambahan satu lagi hartanah dalam pasaran yang telah sedia menguncup.

.
.
.
.
.
.

No comments:

my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers