Thursday, August 27, 2009

31 Ogos 1957

.
.
.
.
.
.
.

31 Ogos 1957
Selamat menyambut ulangtahun
kemerdekaan Tanah Melayu
yang ke-52
.
.
.
.
.
.
.

Monday, August 24, 2009

bazar ramadan

.
.
.
.
.
.
.
sebagaimana yg diminta oleh siput, cuma inilah gambar bazar ramadan yang sempat diambil oleh jurugambar amatur kita iaitu bong dengan edi. bukannya tak ada bazar ramadan yang lebih grand, cuma dengan suhu sekitar 50' Celcius sekarang ni malaslah nak jalan jauh-jauh sangat. dah la pagi tadi tak sahur sebab semua bangun lewat..pukul 4 pagi edi tanya macamana ni wan dah pukul 4 lebih (imsak 0350 pagi)... sebab tak sampai hati nak jawab terus aje la sambung tidur...
.
.
.
.
.
.
.
kedai roti karbous...
walaupun besar tapi satu keping seriyal aje harganya...
tapi kalau nak kuah kari ke, kuah dal ke, masssak la sendiri...
.
.
.
.
di bazar ramadan...
.
.
.
.
kuih muih ni kalau nak beli tak boleh seriyal dua riyal,
tapi pakai timbang kilo...satu kilo 20 riyal...
(nampak tak timbang kat atas tu)
.
.
.
.
antara kuih muih yang dijual...
.
.
.

mee goreng jubayl...
(MI GOLENG titan yang kirim kat Guna lagi sedap...siput mesti tahu)
.
.
.
.air katira dan jus kurma pun ada...
.
.
.
.

yang ni pulak, kalau beli pun pasal kesian aje...
.
.
.
.

bubur lambuk jubayl pun ada...
tapi bubur lambuk masjid jamek pasir gudang lagi sedap...
.
.
.
.

yang ni pulak bazar menjual makanan arab...
.
.
.
.

dan......bila jam rolex yang mahal ni menunjukkan pukul
0611 petang, tibalah waktu berbuka bagi kawasan jubayl...
.
.
.
.
antara hidangan berbuka puasa...
.
.
.
.

kuih samosa...sekilo 20 riyal, beli setengah kilo aje...
dalamnya daging atau kentang...ala macam karipap...
(kalau nak sedap lagi, tengok gambar ni pukul 3 petang)
.
.
.
.
masakan lauk kentang bercili...
.
.
.
.
ayam goreng broasted...
.
.
.
.
jus kurma...
.
.
.
.
berehat selepas berbuka...
kat arab ni laptop adalah nombor dua terpenting selepas riyal...
.
.
.
sekian...
.
.
.
.
.
.


Wednesday, August 19, 2009

CHE DET

.
.
.
.
.
Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.


Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).


Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.


Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.


Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.


Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya. Hari ini yang sedikit yang ada pada orang-orang Melayu pun hendak dipisah dari mereka.


Fikirkanlah hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar.


Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.


Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.


Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu.


Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.


Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun.


Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.


Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya.


Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?


Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).


Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?


Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia.


Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.


Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan.


Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.


Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.


Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?


Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.


Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal).


Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah.


Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.
.

.
.
.
.
.

Gathering Day

.
.
.
.
.
.
Saudi Kayan PP Gathering Day
Beach Camp
17 Ogos 2009

..
.
...
.
All for ONE .............................


.
.
.
.
Bersama SAMSUNG Engineering.

.
.
.
.

Bersama BOSS.......................... .

..

.

Antara AKTIVITI .....................



azmi dengan gaya stephen henry
.
.
.
.
MAKAN time.......................
Lahm MANDI
(atau bahasa melayu-nasi mandi kambing)
.
.
.
.

1/4 kambing biri-biri muda
.
.
.
.


lepas makan Lahm Mandi boleh tumpang
mandi kat swimming pool BPJ
.
.
.
.






.
.
.
.
Yang TINGGAL..............







.
.
.
.
.
.

my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers