Saturday, July 17, 2010

TITAN.


.
.

Berita Harian 18 Julai 2010.


Honam labur RM2.94 bilion beli ekuiti Titan Chemicals.


PNB, Chao Group lepas pegangan dalam firma petrokimia.


SYARIKAT petrokimia keempat terbesar di Asia, Honam Petrochemical Corp dari Korea Selatan, melabur RM2.94 bilion untuk membeli 72.3 peratus kepentingan dalam firma petrokimia tempatan, Titan Chemicals Corp Bhd.


Kepentingan membabitkan 1.2 bilion saham itu dibelinya pada harga RM2.35 sesaham daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) serta The Chao Group yang masing-masing menguasai 35.03 peratus dan 37.3 peratus ekuiti Titan Chemicals.


Berdasarkan peratusan pegangan itu PNB dianggarkan meraih kira-kira RM1.42 bilion, manakala Chao Group sebanyak RM1.51 bilion.


Bercakap pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian jual beli saham itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata keputusan menjual kepentingan dalam Titan Chemicals itu adalah berdasarkan pertimbangan bahawa ia adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan nilai daripada pelaburan kumpulan itu.


Kami melabur dalam syarikat ini selama 20 tahun dan melihat ada peluang baik untuk menjual kepentingan di dalamnya kerana tawaran dikemukakan adalah menarik. “Penyertaan Honam ke dalam industri petrokimia Malaysia menerusi pembelian kepentingan dalam Titan Chemicals itu memberi petunjuk keyakinannya terhadap prospek negara ini,” katanya.


Sementara itu, Chao berkata, langkah menjual kepentingan syarikat itu kepada firma Korea Selatan berkenaan tepat pada masanya dan mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terbabit.


“Kami gembira dengan harga RM2.35 sesaham ditawarkan Honam,” katanya. Honam dalam kenyataannya berkata, menerusi pembelian Titan Chemicals, ia mampu mengukuhkan operasi luar negaranya dengan memperoleh asas pengeluaran antarabangsa di pasaran pertumbuhan tinggi dan di kawasan dengan akses kepada bahan mentah kompetitif.


Honam adalah syarikat petrokimia di bawah Kumpulan Lotte, konglomerat kelima terbesar Korea yang terbabit dalam pelbagai industri termasuk petrokimia, pembinaan, pelancongan, perkhidmatan, kewangan dan insurans.


Titan Chemicals yang ditubuhkan pada 1991 pula adalah pengeluar bersepadu terbesar bahan olefin dan polyolefin yang digunakan untuk membuat bahagian plastik dalam industri perkakasan serta automotif.
.
.
.
.
.



Monday, May 17, 2010

birthday wafi

.
.
.
.
.
happy birthday wafi
.
.
.
.
.
.
.


kakak bagi hadiah buku
.
.

abang bagi hadiah walkie talkie
.
.

umi bagi hadiah basikal
.
.

.
.
.
.
kakak pun dapat hadiah basikal
.
.
.
.

test power basikal baru
.
.
.
.
.



my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers