Wednesday, May 27, 2009

mandi laut

hari ini nak mandi laut
di pantai Fanateer, Jubail.

kawasan pantai yang cantik


kelihatan pak arab sedang berkelah


pak arab berkelah bersama keluarga


polis marin sentiasa membuat rondaan


ooooh.... kawasan ni untuk famili aje yer...


untuk orang bujang di sebelah sini la....


menuju kepantai


jom mandi laut


senangnya kau terapung bong... kata azmi

bestnya mandi laut

first time mandi laut kat arab ni


airnya jernih la mat nor
nampak anak ikan ...


pelampung untuk mat nor dan azmi.
gebong yang senang terapung
tidak memerlukannya...


mizwan menikmati keindahan pantai
sambil menelefon keluarga di malaysia.


makan jajan dulu...


mat nor dah dapat geng dengan budak2 arab


main bola dengan budak2 arab


gebong main bola dengan budak2 arab


berehat sebentar


jom join arab main volleyball kat sana...
kata mat nor


perlawanan volleyball antara
team arab saudi menentang malaysia.


team malaysia


team arab saudi


azmi dengan aksi dragon ball nya...


perlawanan yang berlanjutan hingga ke senja,
dimenangi oleh.... team arab saudi.
saja bagi can kat tuan rumah....
patutnya boleh menang...

membuat post-mortem
tentang kekalahan tipis tadi.... sebelum pulang


balik, follow kereta mizwan.


Monday, May 25, 2009

Pindah ke negara lain.

PINDAH KE NEGARA LAIN.

Oleh: Pewaris

KUALA LUMPUR 25 Mei :

Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.


Pewaris menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang keterlaluan dan tidak munasabah serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.


Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.


Permintaan pihak tertentu memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.


Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.

Fikir-fikirkanlah!

Sunday, May 24, 2009

malaysia singapura

Saturday, May 23, 2009

Hubungan Malaysia-Singapura bagaikan duri dalam daging?

Oleh : Ruhanie Ahmad

Hubungan Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus. Hubungan Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati.

Hubungan Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.

Berikutan lawatan rasmi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ke Singapura semalam, apa agaknya diskripsi yang paling sesuai untuk menghuraikan hubungan Malaysia-Singapura? Bagai menanam tebu di bibir, di mana dengan wajah manis pemimpin besar Singapura menolak ide pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor?

Umpama madu dan racun di mana Malaysia yang membekalkan berjuta-juta gelen air mentah ke Singapura setiap hari, tidak langsung dihormati sehingga menyebabkan Singapura enggan memahami matlamat Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor?

Atau seperti melepaskan anjing tersepit, di mana Singapura yang amat memerlukan bekalan air diberikan bekalan air secukupnya, dan Singapura yang memerlukan ruang bumi baru-baru ini disediakan Iskandar Malaysia sebagai taman permainannya yang baru di bumi Malaysia, tetapi republik itu tidak langsung rasa terhutang budi walaupun setitik nilainya kepada Malaysia?


Dasar luar Malaysia memang berasaskan teori realisme di mana kelangsungan, kepentingan, kedaulatan dan keselamatan negara adalah nilai-nilai teras utamanya. Tetapi, proses evolusi menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan luar yang sentiasa disesuaikan dengan perkembangan semasa. Oleb sebab itu Malaysia mengamalkan dasar luar yang digandingkan dengan teori interdependensi terhadap jiran tetangganya.

Malaysia melaksanakan dasar luar untuk memperkayakan jiran tetangganya. Malaysia percaya kepada dasar luar yang digabungkan dengan teori keamanan. Ini bermakna, ciri-ciri resalisme yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia sentiasa digabungkan dengan teori interdependensi dan keamanan semata-mata untuk mewujudkan peaceful co-existence atau kehidupan bersama secara aman.

Tetapi, bagaimana dengan dasar luar Singapura? Mungkinkah Republik pulau itu akan terus tidak berganjak dengan dasar luarnya, iaitu realis-independen, tanpa sebarang ruang kompromi dan bertolak ansur dengan jiran tetangganya?

Jika begitu hakikatnya, mungkinkah Malaysia akan mengkaji semula dasar luarnya dengan Singapura supaya sesuai dengan fahaman realis-independen yang dianuti oleh republik tersebut? Jika itulah hakikatnya, wajarkah Malaysia bertegas dengan Singapura bila satu daripada perjanjian airnya dengan Malaysia mansuh tempohnya pada 2011?

Jika begitu hakikatnya, mustahilkah untuk Malaysia mengkaji seluruh hubungan dua halanya dengan republik itu supaya selaras dengan fahaman realis-dependen yang dipegang teguh oleh Singapura?Pandangan di atas adalah cetusan minda peribadi saya selaku rakyat biasa Malaysia.


Saya mencetuskan pandangan ini kerana saya beranggapan Singapura sejak era kepimpinan Abdullah Badawi seolah-olah tidak langsung mahu bertolak ansur dengan Malaysia. Silap siapa, saya tidak mampu untuk memastikannya.

Tetapi, silap Malaysia paling ketara adalah sikap kita yang sentiasa mahu menjaga hati jiran tetangga tanpa mengira hakikat dan realiti pihak yang berjiran dengan kita.

Berasaskan cetusan pendapat ini, fikirkanlah semasak-masaknya berita ini yang saya petik daripada halaman N6 akhbar The Star bertarikh 21 Mei 2009 seperti berikut:

JOHOR BARU: Kota Iskandar, the sprawling new state administrative capital in Nusajaya, faces a major security risk as it is located near a Singapore firing range.The range, inside the Sarimbun Camp, is operated by the Singapore Armed Forces and involves the use of a live ammunition from tanks and aircraft including helicopter gunships.There have been instances when the explosions at the range have caused vibrations on the Malaysian side less than 2km away.

Banyak persoalan strategik timbul daripada berita di atas. Mengapa jadi begitu? Silap siapa? Atas nasihat siapa? Mengapakah sesuatu perancangan besar di kawasan sempadan tidak melalui kajian impak keselamatan yang menyeluruh?

Berasaskan cetusan pandangan ini juga saya ingin bertanya, jika Malaysia hendak membina jambatan ketiga merentangi Selat Teberau, di manakah lokasinya? Adakah lokasinya adalah lokasi yang sudah dikenalpasti oleh Singapura, iaitu lokasi yang betul-betul mengarah ke Nusajaya?

Jika itulah lokasinya, bukankah satu syarikat swasta pernah membuat satu presentation di sebuah hotel lima bintang di Singapura kira-kira tiga tahun lalu, mengenai hasrat Singapura mahu membina sebuah jambatan raya atau superbridge yang kalis bom menuju ke Nusajaya?


Jika itulah lokasinya, benarkah jambatan itu akan dibina mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura?Waspadalah Malaysia. Ibu negeri Johor Darul Takzim kini berada dalam jarak bedilan kereta kebal dan kapalterbang berpeluru milik Singapura.

Jika jambatan ketiga yang mahu dibina kelak adalah jambatan yang mengikut spesifikasi keselamatan dan pertahanan Singapura menuju ke Nusajajaya, perbetulkanlah keadaan ini dengan serta merta.

Dengan Singapura, hubungan Malaysia tidak perlu lagi berlembut atau berkasar. Tetapi, hubungan Malaysia-Singapura cukuplah sekadar untuk berhubungan tanpa pihak di pulau itu beranggapan Malaysia adalah negara yang boleh dipermainkan, dimanipulasi atau tidak perlu dihormati kedaulatan dan kemerdekaannya.

Fikir-fikirkanlah!

Friday, May 22, 2009

ke Al Bahar

bersama toyota altis
yg disuruh pakai oleh encik fauzi
sehingga hujung bulan ni
( fauzi dah beli chevrolet)....

minggu ni nak sembahyang jumaat
kat masjid al bahar

bersama gebong...


mat nor - drive ala pak arab


perjalanan 15 minit.
jalan memang lengang,
bukan pasal dah terlambat


melalui kilang memproses air laut
untuk dijadikan air tawar


inilah masjid al bahar


gebong selesai solat jumaat


bersama mat nor di masjid al bahar


sebelum balik,
singgah di rumah pekerja kat al bahar.
kat sinilah kami ditempatkan masa
mula-mula sampai dulu.
dah 5 bulan rupanya aku kat arab saudi.

perjalanan pulang


sampai di al jubail,
cuaca yang agak panas

42 'C di temperature board


WAKTU PETANG..............

bersama azmi
- jubail badminton tournament

pak hasto, jaguh dari indonesia
memulakan service

budak arab baru nak berlatih...


azmi berjaya sehingga ke
separuh akhir


patutnya aku boleh menang....
kata azmi


antara aksi di final


gebong juga beraksi,
di bahagian makanan...


bersedia untuk pulang


sebelum tu singgah dulu
kat supermarket al huwailat dan jarir.


mat nor beli kamera,
pasal minggu depan dia nak balik malaysia,
sambil tu bercuti bersama family
ke surabaya, indonesia.
best tuuuuu...

ayuh pak mat nor... kita pulang.





my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers