Saturday, July 18, 2009

dice

.
.
.
.
.




.
. .

.

.

.
.
.

Tuesday, July 14, 2009

Sunday, July 12, 2009

Natrah

...
.
.
.
.
.
.
.
oleh : utusan malaysia
.
.
.


.
. Mansor dan Natrah

..
.
.
.

NATRAH MAAROF atau Bertha Hertogh, 72 meninggal dunia Khamis lalu yang mana kehidupannya sudah menjadi sebahagian daripada ingatan kolektif bangsa Melayu.


Peristiwa yang dikenali Rusuhan Natrah akan sentiasa diingat oleh orang Melayu pada masa akan datang.


Walaupun ia berlaku pada 12 Disember 1950 di Singapura kerana kekecewaan orang Melayu apabila beliau dimurtadkan sudah berlalu hampir 59 tahun, tetapi ia akan tetap tercatat dalam memori bangsa untuk diwariskan pada generasi akan datang.


Selepas Rusuhan Natrah itu, apa saja perkembangan mengenai dirinya, apabila diketahui tetap menarik perhatian orang Melayu.

Maka kini walaupun beliau sudah tiada lagi, tetapi kehidupannya akan terus dikenang kerana kepiluan hidupnya apabila dipaksa meninggalkan daripada menjadi seorang Melayu kembali kepada Belanda menyakitkan bukan saja kepada diri dan keluarga angkatnya, tetapi juga seluruh bangsa.


Sekurang-kurangnya terdapat empat dimensi yang berkaitan dengan keseluruhan hidupnya.

Pertama, dimensi Melayu dalam konteks Nusantara. Kedua, agama Islam yang menjadi jati diri bangsa Melayu.

Ketiga, dimensi perjuangan bangsa untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Barat.

Keempat, psikologi bangsa Melayu yang mempunyai sifat terbuka dan menerima bangsa lain, tetapi pada waktu sama mampu bertindak serius apabila hak jati diri mereka dicabar.


Natrah tidak mempunyai darah Melayu. Beliau yang lahir pada 24 Mac 1937 adalah anak Belanda tulen bernama Bertha, anak kepada Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya, Adeline.

Maknanya, Natrah adalah anak keluarga penjajah yang lahir di tanah jajahan kerana ayahnya berkhidmat dalam tentera Belanda untuk memastikan Indonesia terus dijajah.


Natrah juga bukan lahir di Tanah Melayu. Tetapi dilahirkan di Tjimahi, Jawa, ketika itu sebahagian daripada Hindia Timur Belanda.

Tetapi dalam tahun-tahun 30-an, Hindia Timur Belanda dan Tanah Melayu walaupun menjadi tanah-tanah jajahan Belanda dan Inggeris dianggap sebagai tanah air serumpun bersama.


Kedatangan Jepun mengubah hidup Natrah. Demi keselamatannya, beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louise kepada Che Aminah Mohamed tanpa pengetahuan bapanya.


Pada masa kacau-bilau itu, perkara ini adalah suatu yang biasa.


Dapat terus hidup adalah suatu yang sudah cukup patut dihargai terutama bagi penjajah Belanda dan Inggeris yang sedang lari daripada kemaraan Jepun.


Sejak diserahkan kepada keluarga Melayu itu, maka bermulalah Bertha berubah jati diri daripada seorang Belanda kepada Melayu.

Namanya menjadi Natrah dan dia dididik sebagai seorang Islam selama lapan tahun.

Bagi orang Melayu, anak angkat adalah seperti anak sendiri. Anak angkat keluarga Melayu seharusnya menjadi orang Melayu.


Lebih-lebih lagi apabila pada 15 November 1945, Natrah dibawa ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura.

Maknanya kalau Natrah terus berada di sini, maka beliau menjadi orang Melayu dan warganegara Malaysia.


Semasa perang Jepun itu, banyak anak-anak daripada pelbagai keturunan dan agama, sama ada Inggeris, Belanda, Cina atau Jepun terselamat apabila mereka diambil sebagai anak angkat orang Melayu.

Mereka membesar sebagai orang Melayu dan Islam. Tidak ada masalah dengan mereka.


Tetapi terhadap Natrah, bapanya yang dibebaskan daripada tawanan Jepun kembali ke Bandung mencari Natrah pada tahun 1945.

Beliau tidak dapat menerima bahawa Natrah menjadi Melayu.


Hakikatnya ialah Hertogh adalah tentera penjajah yang bernasib baik selamat dalam perang di tanah jajahan.

Kalaulah dia terbunuh dalam perang itu, maka tidak timbul Natrah hendak dikembalikan.


Begitu juga Natrah bernasib baik selamat selepas diserahkan oleh ibu dan neneknya kepada keluarga Melayu.

Bukan soal dia menjadi Melayu atau Belanda. Hakikatnya dia terselamat dan dipelihara oleh keluarga angkatnya seperti anak sendiri.


Tetapi pada tahun 1950, Tanah Melayu berada dalam penjajahan Inggeris. Atas bantuan pihak berkuasa Inggeris, bapa Natrah dapat mengeluarkan Natrah daripada keluarga Melayu.


Dalam rayuan Che Aminah pada 28 Julai 1950, keluarga angkatnya itu menang.


Untuk memastikan Natrah terus menjadi Melayu, beliau dinikahkan dengan Cikgu Mansor Adabi pada Ogos 1950.



Mansor Adabi bukanlah calang-calang orang. Beliau adalah antara anak muda Melayu terpelajar yang timbul pada zaman itu untuk turut menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan bangsa.


Ketika itu Mansor berusia 18 tahun, dan Natrah 14 tahun. Mereka hidup di Singapura dan berbahagia.



Tetapi kebahagiaan mereka dirampas oleh mahkamah penjajah yang tidak menghiraukan kehendak Natrah itu sendiri.


Maka pada 12 Disember 1950 hakim memutuskan Natrah dikembalikan menjadi Belanda.



Dia diperintah supaya kembali kepada ibu kandung, perkahwinannya dengan Mansor dibatalkan dan agamanya dimurtadkan.


Natrah meraung-raung di mahkamah mahu kekal berada dengan keluarga angkatnya dan mahu terus menjadi isteri Mansor. Natrah tidak mahu kembali kepada keluarga kandungnya.




"Saya beragama Islam. Saya tidak mahu pergi ke Belanda,'' kata Natrah di mahkamah sambil memeluk suaminya.




Tetapi dia tidak boleh buat apa-apa. Orang Melayu juga tidak mempunyai sebarang keupayaan.


Singapura dan Tanah Melayu masih dijajah Inggeris. Apa yang hanya boleh dilakukan oleh masyarakat Melayu di Singapura ialah melancarkan rusuhan.


Dalam hal ini, tentunya Utusan Melayu yang ketika itu akhbar utama orang Melayu memainkan peranan menyiarkan laporan mengenai perbicaraan dan mahkamah serta ulasan-ulasan bagi meluahkan perasaan orang Melayu.


Maka akhirnya, Natrah dibawa juga ke Belanda, dimurtadkan, ditukarkan namanya kembali kepada Bertha dan pada 20 April 1956 berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt.


Suaminya yang sah dari segi Islam tetapi dipisahkan secara paksa oleh Mahkamah kolonial Inggeris berkahwin dengan Zaiton Juhari setelah ketiadaan Natrah.



Beliau aktif dalam Malayan Law Journal sejak tahun 1961 dan menjadi Pengarah Urusan jurnal itu sehingga tahun 1987. Beliau meninggal dunia pada 15 Oktober 1988 di Singapura.


Bagi keluarga angkat Natrah, beliau tetap anaknya. Begitu juga bagi masyarakat Melayu.



Walaupun banyak tahun berlalu, ada saja keinginan dari kalangan masyarakat Melayu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku pada Natrah.


Orang Melayu berasa pilu dengan peristiwa Natrah itu. Natrah dan keluarga-keluarganya, baik angkat atau kandung adalah mangsa.


Begitu juga dengan mereka yang terbunuh dan cedera dalam Rusuhan Natrah.



Lapan belas terbunuh dan 173 cedera apabila tentera menembak para perusuh yang terdiri daripada orang Melayu di Singapura.


Kesemua mereka, dan juga masyarakat Melayu adalah kesemuanya mangsa kepada sistem penindasan kolonialisme dan imperialisme Inggeris, Belanda dan Jepun.
.
.
.
.
.
.
.

Sunday, July 5, 2009

Happy Birthday Luqman Hakim

.
.
.
.
.
.
birthday di bilik tuisyen.











Happy Birthday Luqman Hakim - 11 tahun.

08071998.










Gambar Mekah - Hari Kedua

.
.
.
.
.
.
Salam.
Rombongan kali ini adalah pakej dari Jubayl Dakwah Center.
Pada pagi hari kedua kami dibawa ziarah secara ringkas
dengan menaiki bas ketempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah.
Sambil berziarah kami diberi penerangan oleh Ustaz Hj Shafie.

Memulakan perjalanan.


Ketua rombongan, Hj Asmui.




Berjalan ke kaki Jabal (bukit) Tsur.




Ada yg panggil Jabal Tsur, Jabal Thur atau Jabal Tsaur.
Jabal Thur merupakan lokasi pertama perjalanan Hijrah
Rasululllah SAW ke Madinah.
Di atas bukit ini terletaknya Gua Tsur dimana Baginda

Rasulullah SAW dan Abu Bakar bersembunyi dari kaum Kafir Quraish
yang pada waktu itu telah melancarkan usaha untuk membunuhnya.
Baginda Rasulullah telah terselamat dengan adanya labah-labah
membuat sarang dan burung merpati bertelur di dalam sarang
di pintu gua tersebut. Dan dari sinilah bermulanya
Hijrah Rasulullah SAW.





Suhaimi, Aku, Hadlynor, Mat Nor dan Al Rajee.




Mat Nor sempat bershopping di kaki Jabal Tsur.




Ini adalah Jabal Rahmah.




Ketibaan kami ke sini di sambut oleh senyuman unta.





Kalau nak naik unta, 5 riyal.



5 riyal aje?




Jabal Rahmah terletak ditengah-tengah Padang Arafah.
Mengikut sejarah, selepas Nabi Adam AS dan Siti Hawa diusir
dari syurga setelah makan buah kholdi, Nabi Adam AS diturunkan
di India dan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka saling mencari
selama 40 tahun dan di Jabal Rahmah inilah tempat
pertama kali mereka bertemu semula.




Padang Arafah - tempat Wukuf - dilihat dari puncak Jabal Rahmah.




Padang Arafah dilihat dari puncak Jabal Rahmah.



Di puncak Jabal Rahmah.



Keyakinan bahwa bertemunya Nabi Adam AS dan Siti Hawa
di Jabal Rahmah di Arafah itu kemudian dikukuhkan
dengan didirikan sebuah tugu putih oleh pemerintah
Arab Saudi di puncak bukit tersebut.




Wanita dari ... yg menulis nama dan berdoa agar
dipanjangkan/dipertemukan jodoh - sempena peristiwa
bertemunya Nabi Adam AS dan Siti Hawa di situ.
Tugu yg putih dah jadi hitam.
Sebenarnya kalau nak berdoa tu kat mana-mana pun boleh...
wallahualam...




Padang Arafah dilihat dari puncak Jabal Rahmah.




Antara barang cenderamata yg dijual dipuncak Jabal Rahmah.




Kari pun ada dijual di sini.




Jamarat Bridge.




Jambatan Jamrah moden yang masih dalam pembinaan.
Ianya lebih besar dan mempunyai 5 tingkat.




Mina.




Mina.




Mina.




Terowong Mina (Terowong Muaissem ).
Tempat berlakunya tragedi Mina.





Tahun 1990 diwarnai kabar duka dari Mekah. Yaitu tewasnya 1.426 orang jemaah haji akibat saling injak di terowongan Haratul Lisan, Mina. Dari seluruh korban tersebut sebanyak 649 jemaah asal Indonesia menjadi korban insiden maut tersebut. Itu terjadi karena jemaah, baik yang akan pergi melempar jumrah maupun yang pulang, berebutan dari dua arah untuk memasuki satu-satunya terowongan yang menghubungkan tempat jumrah dan Haratul Lisan.
Musibah itu terjadi karena masing-masing ingin mendapatkan yang afdhal atau utama dalam ibadahnya. Sehingga terjadi konsentrasi manusia dalam waktu yang bersamaan. Diawali dengan puluhan hingga ratusan ribu jemaah haji dari berbagai penjuru dunia berjalan lewat terowongan Haratul Lisan. Kekacauan itu segera berubah menjadi tragedi. Mereka berdesakan, berimpitan, dan lalu berguguran.





Jabal Nur.
Gunung yang sederhana tinggi. 6 km dari Makkah dan
dipuncaknya terdapat Gua Hira', tempat dimana
Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yg pertama
pada 17 Ramadan. Ketika itu Nabi berusia 40 tahun.
Wahyu disampaikan oleh Malaikat Jibrail iaitu
ayat Iqra' (Bacalah), dari surah Al-Alaq.

"Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan,
yang menjadikan manusia daripada darah,
bacalah demi Tuhan engkau yang mulia."
(al-'Alaq : 1-3)





Berlatar-belakangkan Jabal Nur,
bukit yg sentiasa bercahaya,
perasan tak..?





Terletak Makam Siti Khadijah di bukit ini.




Jual makanan burung ........




Masjid Jin (berwarna coklat).
Lama sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW,
para jin telah berkumpul di masjid ini.
Nabi Muhammad SAW kemudiannya
mengIslamkan para jin tersebut di masjid ini.




Safa dan Marwah dilihat dari luar Masjidil Haram.


Sekian.
Semoga ziarah ini diberkati.

Gambar Mekah - Hari Pertama

.
.
.
.
.


Gambar sekitar Mekah
.
.
Masjidil Haram
.
.
.
Bandar Mekah
.
.
.
Bandar Mekah
.
.
.
Kedai-kedai
.
.
.
Kedai Broasted
.
.
.
Kedai kain
.
.
.

Kurma setengah masak - Kurma Madinah
1 kg = 30 riyal
.
.
.

Di lobi hotel penginapan
.
.
.

View from the hotel room - 7th floor
.
.
.

View from the hotel room - 7th floor

.
.
.
.
.

my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers