Sunday, July 5, 2009

Gambar Mekah - Hari Kedua

.
.
.
.
.
.
Salam.
Rombongan kali ini adalah pakej dari Jubayl Dakwah Center.
Pada pagi hari kedua kami dibawa ziarah secara ringkas
dengan menaiki bas ketempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah.
Sambil berziarah kami diberi penerangan oleh Ustaz Hj Shafie.

Memulakan perjalanan.


Ketua rombongan, Hj Asmui.




Berjalan ke kaki Jabal (bukit) Tsur.




Ada yg panggil Jabal Tsur, Jabal Thur atau Jabal Tsaur.
Jabal Thur merupakan lokasi pertama perjalanan Hijrah
Rasululllah SAW ke Madinah.
Di atas bukit ini terletaknya Gua Tsur dimana Baginda

Rasulullah SAW dan Abu Bakar bersembunyi dari kaum Kafir Quraish
yang pada waktu itu telah melancarkan usaha untuk membunuhnya.
Baginda Rasulullah telah terselamat dengan adanya labah-labah
membuat sarang dan burung merpati bertelur di dalam sarang
di pintu gua tersebut. Dan dari sinilah bermulanya
Hijrah Rasulullah SAW.





Suhaimi, Aku, Hadlynor, Mat Nor dan Al Rajee.




Mat Nor sempat bershopping di kaki Jabal Tsur.




Ini adalah Jabal Rahmah.




Ketibaan kami ke sini di sambut oleh senyuman unta.





Kalau nak naik unta, 5 riyal.



5 riyal aje?




Jabal Rahmah terletak ditengah-tengah Padang Arafah.
Mengikut sejarah, selepas Nabi Adam AS dan Siti Hawa diusir
dari syurga setelah makan buah kholdi, Nabi Adam AS diturunkan
di India dan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka saling mencari
selama 40 tahun dan di Jabal Rahmah inilah tempat
pertama kali mereka bertemu semula.




Padang Arafah - tempat Wukuf - dilihat dari puncak Jabal Rahmah.




Padang Arafah dilihat dari puncak Jabal Rahmah.



Di puncak Jabal Rahmah.



Keyakinan bahwa bertemunya Nabi Adam AS dan Siti Hawa
di Jabal Rahmah di Arafah itu kemudian dikukuhkan
dengan didirikan sebuah tugu putih oleh pemerintah
Arab Saudi di puncak bukit tersebut.




Wanita dari ... yg menulis nama dan berdoa agar
dipanjangkan/dipertemukan jodoh - sempena peristiwa
bertemunya Nabi Adam AS dan Siti Hawa di situ.
Tugu yg putih dah jadi hitam.
Sebenarnya kalau nak berdoa tu kat mana-mana pun boleh...
wallahualam...




Padang Arafah dilihat dari puncak Jabal Rahmah.




Antara barang cenderamata yg dijual dipuncak Jabal Rahmah.




Kari pun ada dijual di sini.




Jamarat Bridge.




Jambatan Jamrah moden yang masih dalam pembinaan.
Ianya lebih besar dan mempunyai 5 tingkat.




Mina.




Mina.




Mina.




Terowong Mina (Terowong Muaissem ).
Tempat berlakunya tragedi Mina.





Tahun 1990 diwarnai kabar duka dari Mekah. Yaitu tewasnya 1.426 orang jemaah haji akibat saling injak di terowongan Haratul Lisan, Mina. Dari seluruh korban tersebut sebanyak 649 jemaah asal Indonesia menjadi korban insiden maut tersebut. Itu terjadi karena jemaah, baik yang akan pergi melempar jumrah maupun yang pulang, berebutan dari dua arah untuk memasuki satu-satunya terowongan yang menghubungkan tempat jumrah dan Haratul Lisan.
Musibah itu terjadi karena masing-masing ingin mendapatkan yang afdhal atau utama dalam ibadahnya. Sehingga terjadi konsentrasi manusia dalam waktu yang bersamaan. Diawali dengan puluhan hingga ratusan ribu jemaah haji dari berbagai penjuru dunia berjalan lewat terowongan Haratul Lisan. Kekacauan itu segera berubah menjadi tragedi. Mereka berdesakan, berimpitan, dan lalu berguguran.





Jabal Nur.
Gunung yang sederhana tinggi. 6 km dari Makkah dan
dipuncaknya terdapat Gua Hira', tempat dimana
Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu yg pertama
pada 17 Ramadan. Ketika itu Nabi berusia 40 tahun.
Wahyu disampaikan oleh Malaikat Jibrail iaitu
ayat Iqra' (Bacalah), dari surah Al-Alaq.

"Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan,
yang menjadikan manusia daripada darah,
bacalah demi Tuhan engkau yang mulia."
(al-'Alaq : 1-3)





Berlatar-belakangkan Jabal Nur,
bukit yg sentiasa bercahaya,
perasan tak..?





Terletak Makam Siti Khadijah di bukit ini.




Jual makanan burung ........




Masjid Jin (berwarna coklat).
Lama sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW,
para jin telah berkumpul di masjid ini.
Nabi Muhammad SAW kemudiannya
mengIslamkan para jin tersebut di masjid ini.




Safa dan Marwah dilihat dari luar Masjidil Haram.


Sekian.
Semoga ziarah ini diberkati.

No comments:

my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers