Monday, May 25, 2009

Pindah ke negara lain.

PINDAH KE NEGARA LAIN.

Oleh: Pewaris

KUALA LUMPUR 25 Mei :

Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.


Pewaris menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang keterlaluan dan tidak munasabah serta bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.


Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.


Permintaan pihak tertentu memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.


Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.

Fikir-fikirkanlah!

No comments:

my family

my family

AL JUBAYL, ARAB SAUDI

PASIR GUDANG, MALAYSIA

Followers